Sudah menjadi satu tradisi bagi aku, setiap kali tetamu terutamanya sahabat-sahabat seperjuangan bertandang ke rumah/bilik, kari kambing akan dihidangkan. Kari kambing ini, pertama kali diajar cara memasaknya oleh senior aku, akhi Saifizi sewaktu aku bermalam di rumahnya sekitar setahun yang lalu. Kini,setelah dilakukan beberapa perubahan, maka ingin aku kongsikan buat tatapan para pembaca sekalian, khususnya buat penggemar kambing.
BAHAN-BAHAN
Bawang besar dicincang (Setengah biji kot)
Bunga lawang, kayu manis serta yang sewaktu dengannya
Hirisan tomato dikupas kulit
Serbuk kari daging Adabi
Serbuk kari National
Daging kambing (lebih enak kalau ada tulang)
Kentang
Lobak merah
Susu/yoghurt
CARA MEMASAK
Tumis bawang beserta campurang kayu manis dan bunga lawang tadi.
Setelah naik bau, masukkan serbuk kari Adabi dan National tadi bersama sedikit air dan gaulkan. Daripada pemerhatian aku, untuk menjadikan kari anda enak,nisbah campuran kari Adabi dan National ialah 1:1. Tumis serbuk kari tadi sehingga pecah minyak.

Kemudian, masukkan daging kambing beserta sedikit air. Gaul sedikit agar daging diselaputi dengan kari. Kemudian, tutup periuk dan biarkan sehingga daging masak. Selepas itu, masukkan lagi air dan biarkan sehingga daging empuk. Secara lojiknya, lebih lama dimasak daging akan menjadi lebih empuk. Aku rasa, untuk 1kg daging kira-kira 1jam adalah tempoh yang cukup baik.
Setelah daging empuk, masukkan kentang dan juga lobak. Akhir sekali masukkan susu/yoghurt untuk memekatkan sedikit kuah. Oh ya, jangan lupa sedikit garam.
Maka kari kambing anda sudah siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!!

TIPS 1: Untuk mudah kupas kulit tomato, rendamkan tomato dalam air panas
TIPS 2: Kari daging ini menjadi lebih enak selepas dibiarkan beberapa lama. Mungkin sebab kuahnya menjadi lebih sebati. (Baru aku faham kenapa ada cerita-cerita kedai mamak hidang kari hari sebelumnya. )
AMARAN 1: Resepi ini disediakan bukan di bawah pengawasan pakar masakan. Jadi, memasaklah atas tanggungjawab sendiri
AMARAN 2: Aku tak tahu macam mana nak letak berapa kg untuk daging, berapa liter susu dan seterusnya. Sebab, semuanya aku buat berdasarkan anggaran. Jadi, biasakanlah untuk mengagak
AMARAN 3: Aku tak tahu kalau kari National tu ada jual di tempat lain. Kalau tiada, pandai-pandailah cari penggantinya ya!!


Walaupun kari kambing bujang nampak sedap, entah kenapa ana rasa sedikit sayu membaca entri ini (T_T)
Salaam..
waah..bagi resepi masakan merebak2 dr SIO ke b302,
semuanya atas semangat erti hidup pada memberi barangkali..
anyway, saya bukanlah penggemar kari, tapi melalui tips2 di atas, memang ada kebenarannya untuk menghasilkan rasa kari yg enak. Seorang kawan berbangsa india juga pernah berkongsi tips yg sama, kalau mahu rasa kari lebih sedap campurkan 2 kari jenama berbeza. Cth kalau kat Malaysia, Adabi + b****s (jenama yg disarankan utk diboikot kan?).
hurm.. tapi ada satu persoalan disini, kenapa kena kupas kulit tomato? Atau mungkin itulah keistimewaan kari jika tomato dikupas kulitnya? Cuma,dlm pengetahuan yg cetek ini rasanya kulit tomato itu ada berkhasiat, terutama utk kaum lelaki. =)
Salam ziarah.
Mana dulu yang dipublish? Artikel ustaz tentang rendang tu,atau idea nta tentang kari kambing ni?
Ana tak sempat nak kutip resepi dari gg.Tapi sempat jugak jadi penghabis kari kambing waktu berkhemah kat rumah dia.Sedap sangat sampai waktu buat air teh,boleh tertukar antara garam dengan gula.
Orang lelaki kena pandai masak.Boleh pikat hati isteri.Lepaih ni,jangan segan kongsi resepi dengan tip-tip lain pulok.
Resepi masakan juga sebahagian dari resepi kehidupan.
Fastaqim..
Terkejut dan tertanya-tanya juga kenapa ramai budak-budak ipij suka kari kambing.Sampai boleh jadi topik perbualan pulak tu kadang-kadang.
Uish tips kupas kulit tomato..tak terpikir pun.
PS:Fobia skit dengan daging kambing ni. Kecik-kecik dulu makan, terus demam panas.. huhu
Dengar cite gak tuan umah masak lodeh.. sedap..hehe.. kongsi la len kali resepinya :p
Pengaruh ainohikari la ni kak inda.
@rainbow7,
Waalaikumussalam..
Kulit tomato tu dikupas agar nanti tiadalah kulit tomato yang ‘berterbangan’ dalam kuah kari tu nanti sebab ia agak lama untuk hancur.
Tapi, kadang-kadang malas juga nak kupas..so main campak je lah dalam kari tu.huhu. Nama pun kari bujang:D
@nbo_3
Mengapa perlu bersayu-sayuan wahai akhi..?
Terkenangkan Jiji eyh?:p
@warkahraudhah
Sebenarnya sudah lama berniat hendak tulis pasal kari kambing ni. Gambar yang dalam entry kali ni pun sebenarnya telah diambil 2 minggu sebelum
entry ini dipublish. Tapi tulah, bila buka SIO pun Ustaz Hasrizal menunjukkan bakatnya dalam memasak juga. Mungkin sehati sejiwa kot (Perasan sendiri)
Doakan ya akhi…
@indahayatisamsi,
Hmm..menarik juga persoalan inda tu. Nandedarou ne?
Lodeh tu sama dengan kuah lontong eyh? Pernah buat sekali dua jer…Sebab leceh nak masak nasi himpit. Tiadalah rahsia besar pun untuk kuah lodeh tu, cuma bila tumis campuran blended bawang tu, tumis sekali dengan udang kering sikit. Insya-Allah jadi lebih sedap!!
Ohh.. tempoh hari aku datang, tak ada kari kambing. Tapi, aku dengan Naim buat Ayam masak Kurma. Jangan balik awal, bro. Nanti siapa nak masakkan aku kari kambing? Hihi.
Hehe…
Assalamualaikum WBT.
Wah-wah, ana kat Tokyo hari tu makan nasi kepal aje… takde pun kari kambing bujang. Nampaknya tak lama dah resepi ni bertahan sebab lepas chef kahwin jadi kari kambing kahwin le pulak.
Tahniah-tahniah, cukup syarat untuk jadi ahli kelab suami doktor.
p/s, ana buang kulit tomato dengan cara cucuk pisau kat tomato tu dan panaskan tomato tu pada api stove. kulit tomato tu akan merekah dan boleh dicarik dengan mudah, tanpa melembikkan isi tomato tu.
boleh belaka
Ahli kelab suami doktor? Biar betul…..
Saya pun macam Abu Saif, dah tak berpeluang merasa kari kambing bujang. Tapi mana tahu kalau kari kambing kahwin lebih lazat.
Wallahua’lam… ustaz ngusik jer tuh.
Masalah bila balik Malaysia ni, pergi dapur hanya untuk makan saja. Kalau rajin sikit tolong basuh pinggan. Selebihnya, mak uruskan (tepuk dahi)
Cehceh. Macam mana ustaz boleh tahu Jimi bakal ahli kelab suami doktor ni? Macam ada apa-apa je, kan? Hehe.
Mana kad jemputan walimah ni, Jimi? Tak sampai lagi. Kalau dapat makan kari kambing masa tu, mesti lagi uumph.
salaam..
dah bersawang nmpknye blog ni ye… membuktikan empunya blog sgt gigih bekerja. ehe. all d best ya! Taqobbalallaahu minna wa minkum. eid mubarak! =)