Suasana tengahari itu di stesen Ueno tiada bezanya dari hari-hari lain, padat dan sibuk seperti biasa. Mana tidaknya, sejak dibina pada tahun 1883, ia menjadi penghubung utama penghijrah-penghijrah dari utara untuk ke kota Tokyo bagi mencari rezeki. Kini, peranannya semakin berkembang khususnya buat pelancong yang ingin berkunjung ke muzium-muzium dan zoo Ueno yang terletak berhampiran.
“Kita ni nak pergi mana bos?” Aku bertanya kepada sahabatku Hafidz Afifi, yang turut dikenali dengan nama timangan ‘bos’. Nama timangan itu bukanlah kerana ‘bos’ seorang yang “bossy”. Malah sikap itu jauh sekali ada pada dirinya yang terkenal sebagai seorang yang peramah dan mudah mesra dengan sesiapa saja. Tapi, khabarnya nama itu mula digunakan kerana boss merupakan ketua untuk ‘batch’ nya sewaktu kursus persediaan ke Jepun dahulu.
“Entahlah. Kita jalan sajalah. Aku kalau bosan datang Tokyo memang selalu jalan-jalan sekitar Ueno,” jelasnya padaku. Hari itu, bos berada di Tokyo kerana ada urusan dengan bakal majikannya, sebuah syarikat Jepun yang ternama di dunia.Aku pula, lebih dari gembira dapat bersama-samanya, apatah lagi bila mengenangkan diriku yang bakal pulang ke tanah air Mac ini.
“BAS PENGHISAP DARAH”
Sejurus keluar dari stesen, kami terlihat sebuah bas berwarna hijau yang tidak asing lagi. Dengan saiz sekira-sekira sebuah bas ekspres, ia boleh dilihat dimana sahaja tempat yang menjadi tumpuan orang ramai.
“Jom kita derma darah”, ajak bos selamba. Aku terkejut. Tidak pernah lagi dalam hidupku ada orang yang mencadangkan aktiviti menderma darah untuk mengisi masa lapang. Bagaimanapun, dengan pujuk rayu dan godaan bos akhirnya aku akur jua.
Bagi bos, ini merupakan kali ketiga dia menderma darah di Jepun. Malah, aku masih ingat lagi sekitar bulan Mei tahun lepas sewaktu di Carboot Sale di Chiba, bos jugalah yang turut mempelawa 3-4 orang sahabat-sahabat lain untuk sama-sama menderma darah. Pendek cerita, kalau pihak Red Cross Jepun ada anugerah, sewajarnya bos layak untuk menerimanya sebagai “Most Influential Promoter”!
Apapun pengalaman pertamaku menderma darah merupakan sesuatu yang menyenangkan. Selepas mengisi borang dan menjawab questionnaire, tekanan darah dan sampel darahku diambil. Dan tidak lupa, aku juga diminta untuk minum jus bagi memastikan cecair dalam badan mencukupi. Kemudian, darah diambil dan tidak sampai 10 minit, 400ml darah telahpun selamat didermakan. Dengan sikap profesional para petugas di samping kecanggihan teknologi, tidak terasa sedikitpun rasa sakit. Malah, aku tidak sabar untuk menderma lagi kalau ada peluang.

PELAJARAN PENTING
Ada 2 pelajaran penting dari pengalaman pertamaku menderma darah tadi. Pertama, ialah rasa puas apabila dapat menyumbang. Selepas melihat kantung 400ml yang kini penuh dengan darah yang didermakan, aku terfikir akan orang yang bakal memerlukannya nanti. Dengan hanya meluangkan sekitar 20 minit, sebuah nyawa mungkin akan dapat diselamatkan. Dan kini ku mengerti erti pengorbanan mereka yang mendermakan sebahagian dari organ mereka untuk menyelamatkan insan lain. Sudah pasti, mereka telah dapat menikmati sebuah kepuasan yang maha tinggi.
Pelajaran kedua yang ku dapat dan ia lebih bersifat personal, iaitu aku baru tahu aku berdarah O. Pengetahuan ini amat penting lebih-lebih lagi apabila berada di Jepun. Ini kerana, secara umumnya masyarakat Jepun sangat mementingkan jenis darah seseorang. Temuduga kerja, calon pengantin, tilik nasib adalah antara bidang-bidang di mana pengetahuan mengenai jenis darah seseorang amat kritikal.
Selama ini,aku merasakan bahawa aku adalah berdarah B. Ini adalah berdasarkan sebuah eksperimen ringkas sewaktu tingkatan 4 dahulu (padan muka sebab tak fokus cikgu mengajar) dan aku yakin sahabat-sahabat turut melakukan eksperimen tersebut.
“Penemuan” baruku ini memberikan sebuah dimensi baru dalam mengenali diriku. Di Jepun khususnya, dan juga luar Jepun ada beberapa kajian mengenai hubungan antara jenis darah dan personaliti seseorang, walaupun tiada sebarang bukti sains berkenaan kajian berkenaan. Walaubagaimanapun, ia masih lagi sesuatu yang menyeronokkan untuk kita mengetahui personaliti kita melalui jenis darah. Jadi, dibawah, ku kongsikan beberapa sifat yang dikaitkan dengan orang yang berdarah O:
You are the social butterflies. Often popular and self-confident, you are very creative and always seem to be the center of attention. You make a good impression on people and you’re often quite attractive. Organized and determined, your stubbornness will help you reach your goals. You make good leaders. Lovewise, O is most compatible with O and AB.
Common career choices: banker, politician, gambler, minister, investment broker, and pro athlete.
Ada lagi beberapa website menarik berkenaan kajian jenis darah dan personaliti, lebih-lebih lagi dalam bahasa Jepun. Jadi, buat sahabat-sahabat yang ‘ki ni naru’ dengan personaliti anda, apa kata sebelum itu pergi menderma darah untuk mendapat kepastian di samping dapat menyumbang untuk masyarakat.


Assalamualaikum…
Tak sangka boss suke derma darah rupenya..
Dulu kat kosen saya pun selalu je ade bas penghisap darah datang bertandang.Tapi,xpernah terlintas nak menderma.
Tak sangka pulak kedegilan org berdarah O boleh membantu dlm mencapai mokuteki sebab xpernah pula terjadi dlm life saya..O taipu no hito ni tsuite iro2 bengkyouninarimashita..azass
Selamat menulis thesis!
Oooo ramai type O. Huhu
Ingatkan semua org yang fly oversea tahu blood type masing-masing, sebab ada medical check-up kan. Hmmm…
Dulu siap dapat laminated “blood type membership card” lagi lepas medical check-up tu
ana tak cukup syarat untuk derma darah. Kurang berat badan. Mungkin ana patut jadi penerima.
TAHNIAH utkmu atas kejayaan dalam percubaan pertama itu..! Memori indah barangkali ya..
Wah..nampaknya b302 pun boleh juga tumpang title ‘most influential promoter’ tu nanti..huhu..
Tapi lewat juga kamu tahu blood group dirimu ya.. tup2,penderma universal rupanya, so boleh la menderma lagi nanti.. =)
Walaubagaimanapun, diriku AMAT BERSETUJU ttg lontaran pendapat darimu mengenai cara ‘memberi’ begitu. Sememangnya ‘low cost’ (tanpa wang, tanpa kata-kata etc) semua org boleh menolong org lain di samping mendapat ganjaran pahala dr-NYA insyaALLAH.
Smg stp pekerjaan kita adalah kerana mengejar mardhotillah dari-NYA.
seeru ‘ala barakatillah..~
itulah pasai. penderma universal rupanya. cuma, menurut kata bos, sekarang ni darah yang akan diberikan akan cuba untuk disamakan juga dengan jenis darah penerima. Wallahua’lam..kena tanya pada yang pakar lah kan. sapa tu ya?
salah tu. patut kena berazam sampai cukup syarat untuk jadi penderma juga
Ya tak ya juga. Awat tak perasan pun blood type waktu medical check-up haritu? Bertambah pula misteri.huhu
Malaysia pun dah pakai kad ya sekarang. Menurut cerita, dulu-dulu guna buku log. So setiap kali nak menderma, kenalah bawa buku tu.
Waalaikumussalam..
Haa..lepas ni bolehlah mencuba. Serius tak sakit.
p/s: Alhamdulillah.Thesis dah siap:D
Haha. Bos sebenarnya ada peristiwa menarik juga dalam pengalaman derma darah dalam hidupnya. Pergilah tanya sendiri ya. Kekeke.
Setakat ini rekodku baru sekali di Jepun dan sekali di Malaysia. Kononnya dulu pernah berazam nak menderma sekurang-kurang 10 kali sebelum menamatkan status bujang (opps). Tapi, jarang sekali bas hisap darah ni nak datang Numazu. Kena tunggu KosenSai setiap tahun (alasan.. ;p)
Moral: Jangan tunggu bas hisap darah kalau nak menderma ya.
p/s: Bro Jimi, susah nak detect kamu jawab komen untuk siapa. Nampak gaya kena letak nama kat depan.
Salam bro
How r u? Terase rindu plak.hehe.
Wow! Terase semangat plak nak derma darah gak.Selama ni teringin gak tapi cam asek lengahkan sebab takutkan ’sakit’ mase nak derma tu. Betul ke x sakit ni?hehe.
Yeh dah boleh agak Jimi darah O. Tahun lepas sensei nihonggo predict setiap sorang ryuugakusei (6org) dlm kelas tu, sume pun betul. Die agak berdasarkan perangai masing2. Kagum betul. Memang Org Jepun amik berat sgt pasal darah ni kn? Kat Mesia cam xkisah je kn?Nape ek?
Lepas derma tu ade side effect x? Just curious..hehe.
Darah O kaa…macam tak sangka pulak. Ingatkan A.
Masih ragu-ragu sakit atau tak menderma darah, apalagi kalau orang tu takut darah
p/s: Tuk pengetahuan saya A minus.
Wow!! Yeh boleh agak ke jenis darah. Ni dah kira kes power ni.
Tapi serius tak sakit. (Kalau sakit pun kenalah berlakon tak sakitkan..malulah dengan akak nurse).
Side effect? Tarak apa pun. Cuma rasa best ah sebab dapat derma darah kepada orang lain:D
Takut darah ker. Tapi kalau time derma darah tu bukannya nampak pun darah kita. Dia pun tahu kot ada orang jenis takut darah.
Cuma kalau rajin sangat, bolehlah jenguk-jenguk kat tepi, nak tengok dah penuh ke belum.
masih tak tahu darah jenis apa~
nampak gaya
kena naik bas hisap darah la pula~ (T T)
-spoiler-
batuterang takut darah..harap jambang je lebih..haha!
Aku dari dulu nak derma darah tapi sama kes dengan naim, kurang berat badan kata doktor di rumahku.
Sekarang ini taktahulah cukup ke tak. Dah makan banyak dah. Kari kambing hari-hari. wakaka.
@ainohikari- Kau makan kari kambing, darah panas. Nanti melecur bekas takung darah tu. Hihi.
ehemm..
sedang menunggu citer yuki matsuri
yuki matsuri..abg luqman dah cerita lah adik afiq…
itu dari kaca mata dia.
nak dari spek mata jimi pulak.
kalau rajin la