Alhamdulillah, tanggal 28 Disember yang lalu berlabuhlah tirai Winter Gathering IPIJ 2008. Satu lagi program yang sudah pasti meninggalkan seribu satu kenangan buat mereka yang terlibat, samada di pihak penganjur mahupun peserta. Buat diriku, WG 2008 mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri. Ya, secara rasminya WG 2008 merupakan programku yang terakhir bersama IPIJ sebelum meneruskan perjuangan di tanah air. (Doakan agar Istiqamah)
TEMA PROGRAM
Kali ini ‘Redefine Mahasiswa Islam’ telah dipilih sebagai tema program. Tahniah diucapkan buat kumpulan pemikir (aku tak masuk–serius) yang telah memikirkan tema tersebut. Kukira tema tersebut amat tepat dan sesuai di atas 2 sebab.
Pertama, sebagai penerus kepada SC 2008 di mana speaker jemputan ketika itu, Ustaz Hasrizal telah mengupas persoalan fundamental ‘Apa Erti Saya Menganut Islam’; yang turut menyentuh soal dari mana kita datang, matlamat hidup serta tidak lupa isu tanggungjawab dan peranan kita di muka bumi. Kini di WG 2008, speaker Ustaz Ramadhan Fitri memperhaluskan lagi soal tanggungjawab itu dalam konteks yang paling hampir dengan diri para pelajar, iaitu sebagai mahasiswa.
Kedua, dalam keadaan pelbagai isu yang merusingkan sedang berlaku, samada di peringkat nasional mahupun antarabangsa, peranan mahasiswa seharusnya diketengahkan. Ini selaras dengan gelaran yang ada iaitu ‘maha‘+’siswa‘. Perkataan ‘maha’ itu memberikan satu gambaran bahawa siswa itu tidak boleh jadi biasa. Dunia perlukan kepada satu golongan pemuda yang TAHU dan MAHU untuk melaksanakan agenda perubahan. Mereka juga tidak gentar dan hanyut dek pelbagai propaganda yang ditujukan khas buat mereka oleh musuh-musuh.
Pengajaran sewajarnya diambil dari golongan pemuda dari tempatku belajar kini. Rata-rata mereka tidak pedulikan soal umat. Asalkan cukup makan dan bebas melakukan hobi masing-masing, cukuplah.
KENANGAN TERINDAH

Namun andai ditanya kepadaku berkenaan pengisian yang disampaikan ustaz, ampun maaf ku pohon. Seingatku, aku hanya sempat untuk mengikuti lebih kurang 2 buah pengisian sahaja. Jadi, buat mereka yang ingin tahu lebih lanjut, sama-samalah kita nantikan video yang Insya-Allah bakan dikeluarkan oleh Biro IT dan Visual IPIJ.
Biarpun begitu, aku puas. Puas melihat para peserta dapat mengikuti dan mengambil manfaat dari program dan pengisian. Aku yakin begitulah juga perasaan sahabat-sahabat penggerak yang lain,
Biarpun terpaksa menyodok salji seawal jam 6 pagi,
Biarpun terpaksa menggadai nyawa meredah jalan berbukit yang diselaputi salji,
Biarpun terpaksa menebal muka berurusan dengan orang pejabat,
Ketahuilah, kami puas.
Yakinilah para sahabat sekalian. Kemanisan itu benar-benar dapat dinikmati selepas kita terjun ke dunia ‘MEMBERI’.
JANGAN BIARKAN IA TERHENTI
Ini program terbaik pernah saya sertai sepanjang hidup saya setakat ini
Subhanallah. Hanya Allah saja yang mengetahui betapa berbunganya hati selepas mendengar statement ini dari mulut salah seorang peserta. Nikmatnya seolah-olah berada di dalam onsen di tengah-tengah dataran salji. Segala penat lelah hilang tidak kembali.
Namun begitu, usah biarkan kemanisan itu terhenti begitu sahaja. Air mata yang mengalir di penghujung program itu bukan untuk dikesat dan ditinggalkan di tapak program. Nasyid ‘Kawan’ yang dinyanyikan bersama bukanlah laungan semata-mata.
Semua itu menuntut untuk diterjemahkan kepada sebuah tindakan. AYUH BERTINDAK!!
*onsen= hot spring


salaam.. rasa dup-dap dgn perkataan akhir tu, sounds like ‘hayya bil Jihad’..! waah..alangkah indah ye jika kemanisan semangat perjuangan itu menjadi destinasi utuh mengejar mardhotillah. Lebih-lebih lagi utk hamba ALLAH berjenama mahasiswa, lagi banyak kene cari gali sini sana untuk dapatkan mutiara berharga demi merasai kepuasan hidup sementara. Moga-moga setiap dari kita mampu dan terus istiqomah untuk hari2 mendatang…ameen. Fastaqim kama umirta..! (dulu mungkin hanya slogan skola, tapi kini ia benar2 menguji sesiapa yg pernah melaung2kan nya..) Ya, semua perkara bisa dgn izinNYA,maka DOA adalah senjata kita. Fii amanillah..~
Waalaikumussalam,
Hamba Allah berjenama mahasiswa…hmm tinggal lagi 3 bulan sebelum title itu hilang secara rasminya.Huhu..
Bagaimanapun, memang terasa kebenarannya bahawa di saat menjadi mahasiswalah kita mampu mengasah dan mempertajamkan lagi diri kita dan ‘push ourselves to the limit’. Sayang untuk mereka yang mempersiakan detik-detik keemasan ini.
Jazakumullah khairan kathiran atas doanya.
excited barangkali b302 ni, mahasiswa shj yg ditinggal pergi, tapi hamba ALLAH sepenuh masa kan? =)
“Kemanisan itu benar-benar dapat dinikmati selepas kita terjun ke dunia ‘MEMBERI’.”
Ya bersetuju.
Walaupun cuma berada dalam dunia memberi yang tidak berapa besar, tapi ya Allah nikmatnya cukup terasa.
Bila tiba time ber’program’ , perasaan gembiranya tidak terkira. Layan peserta sana layan peserta sini. Layan ustaz, layan AJK2. Last2, bila program dah tamat, baru sedar, badan dan mulut dah nak genkai, hahaha..
Semoga lepas ini lebih ramai yang boleh menikmati kemanisan memberi ini sebelum kita terjun ke dunia yang lebih besar dan lebih mencabar.
“Ya Allah,kami mohon padaMu moga Engkau tetapkan hati kami di jalan ini,dan berikan hidayahMu kpd mereka yang lain untuk merasai nikmat iman yg kami rasakn ini”
ameen..
Betul juga tuh
Oh kenangan menyodok salji bersama-sama, setebal 1 meter, sejauh 1km (mungkin?), segelap pagi dan sedingin angin.
Aduhai. Nostalgik! Sungguh menyeronokkan pengalaman itu. Kesukaran yang pasti tak sekufu merintis jalanan dakwah.
antara kenangan yang paling manis dalam hidup…
moga dapat lagi merasai kenangan seperti ini
[...] baca dan tahu lebih lanjut tentang pengalaman WG kami ? Sila lawati 1) Perkongsian sahabat (2) Laman dua.).Program umum yang terakhir bagi sesi 2008 di sudahi dengan amanat,bahawa sejarah islam WAJIB [...]
setuju sungguh dengan sangpelangi. sungguh unik pengalaman menyodok salji tebal, sebagai ’senaman pagi’ di hari program. itu yang besnya menjadi AJK!
benar juga, bila terdengar ada yg menyebut ini ‘program yang terbaik’, terasa penat lelah kita berbaloi. bukan nak syok sendiri, bahkan program memang jauh dari sempurna, tapi sekadar tersenyum puas atas betapa nikmatnya memberi.