25 Septermber 2008. Itulah tarikh terakhir aku mengupdate blog aku ini. Sedar dan sedar, hampir 2 bulan blog ini terbiar tanpa diisi. Kalau 2 bulan lalu, bunyi cengkerik riuh dari semak dan kepanasan hawa musim panas begitu menggigit. Kini, para cengkerik semuanya berhibernasi di bawah tanah menanti tahun hadapan. Hawa yang panas telah bertukar dingin meresap tulang. Dan tidak ketinggalan pohon momiji telah bertukar kuning, menyambut ketibaan musim sejuk yang bakal menjelang.
Ya. Begitulah banyaknya perubahan yang berlaku di sekelilingku. Semuanya patuh dan tunduk kepada hukum alam aturan Allah s.w.t. Namun, dalam sekian banyak perubahan, b302 terus sunyi dan sepi. Nasib baiklah si labah-labah tidak dapat menembusi dunia maya. Kalau tidak, nescaya para pembaca dan aku sendiri dikejutkan dengan sawang-sawang di seluruh skrin komputer setiap kali membuka blog ini.
AKU DAN PENULISAN
Sesungguhnya, aku tidak pernah gemar menulis. Aku masih ingat lagi sewaktu umurku sekitar 12 tahun. Ya, tahun kita semua menghadapi UPSR. Bagi mempersiapkan diriku untuk subjek penulisan, ibuku telah ‘memaksa’ku untuk menghafal esei-esei, samada dalam Bahasa Melayu (ke Bahasa Malaysia eh?) mahupun Bahasa Inggeris. Untuk itu, aku ada beberapa buah buku log khas yang penuh di dalamnya esei-esei hasil tulisanku sepanjang tahun (of course di bawah ‘paksaan’).
Untuk satu-satu tajuk esei, aku telah dilatih agar tahu untuk guna pendahuluan yang bagaimana, poin apa dan begitu juga dengan penutup. Maka setiap hari selepas subuh sebelum ke sekolah, aku dikehendaki untuk berlatih menulis satu esei, dan ibuku akan menyemaknya agar esei itu tepat (atau hampir tepat) dengan skema. Sudah tentu, ada hari-hari di mana aku tidak dapat menulis dengan baik. Maka, ibuku akan memarahiku dan pergilah aku ke sekolah dengan mata merah sambil tersedu-sedu.
Di peringkat SPM juga, aku masih tidak gemar subjek penulisan. Di dalam kelas, setiap kali waktu BM Penulisan, Cikgu Salma akan meminta kami untuk menulis bahagian-bahagian untuk sesebuah karangan. Contohnya, satu hari itu, kami diminta hanya untuk siapkan bahagian pendahuluan saja untuk satu tajuk. Sudah semestinya ia sepatutnya merupakan satu tugas mudah. Namun, tidak untuk aku. Dalam keadaan teman-teman semeja sudah mampu menulis separuh kertas A4, aku masih terkial-kial mencari ayat yang sesuai.
Jadi, kenapa menggatal tulis blog? Ya. Nampak gayanya persoalan ini perlu ku perhalusi lagi. Yang pasti, aku telah pun dapat sedikit sebanyak manfaat dari menulis di sini. Namun, ia seolah-olah tidak mampu menjadi pemangkin yang benar-benar mampu mendisiplinkan dan memotivasikan diriku untuk istiqamah dalam penulisan.
SOKONGAN TEMAN-TEMAN
Alhamdulillah, begitu ramai teman-teman yang peka dengan perkembangan (macam tak sesuai jer perkataan ini) b302. Masing-masing bertanyakan bila akan ada penulisan yang baru. Ketahuilah, anda semua memang sangat berharga dalam diri ini!!
Moga bertemu di penulisan yang lain. Insya-Allah


Salam Jimi.
Eceh. Inikah Ops Lalang yang dimaksudkan? Menebas ilalang yang memanjang lebat. Kikiki.
Aku sukalah cara ibu dan gurumu itu mengajar teknik menulis karangan. Menghafal, dan menulis separuh-separuh, keduanya ada kelebihan. Kalau tak, entri Ops Lalang takkan ditulis sebaik ini. Betul tak?
p/s: Terasa bersalah kerana seperti mendesak tuan rumah menebas lalang. Bro, tak perlu memaksa diri. Tulis saja bila senang. Alam maya itukan media alternatif. Asalkan jangan lupa username dan password ya? Hehe.
Waalaikumussalam Sang Pelangi,
Ya, harus aku akui mungkin itulah teknik terbaik buat diriku yang tidak sekreatif penulis-penulis lain sepertimu.
p/s: Usah rasa bersalah. Sebetulnya memang merancang untuk update sebelum semalam. Tiba-tiba, sebelum tibanya ‘dateline’ ramai pula yang meminta diupdate. Jadi, kelihatana seperti bi bawah ‘paksaan’
Salam,tuan rumah.
Ops lalang,bunyinya seperti sebuah berita.Sebuah teka yang perlu di baca.
Kadang-kala payah jugak idea yang terlintas di fikiran,lantas untuk di terjemahkan ke alam penulisan;merupakan suatu perkara yang rumit.Namun,teringat juga sebuah teknik menulis,iaitu menulislah apa saja yang terlintas di fikiran,lantas kembangkan dan terus kembangkan seperti tulang-tulang ikan yang tersusun baik,bukti kebesaran PenciptaNya.
Maka sama-samalah menyusun aqal
dan teruskanlah memberi.
Satu rumah dah ditebas lalang, tinggal satu lagi rumah yang masih dalam hutan belukar..sepi..
Salam gumyoji.
Menarik tajuk artikel ni. Ops lalang desne.
Walaupun jarang update, tapi kira ok la dari orang yang tak bukak blog langsung kan, hihi (kutuk diri sendiri ).
………..
Seriously, perihal kita sama dengan dunia penulisan ini.
Nanti sampai masanya, aku pun hendak tulis pengalaman berkaitan karang-mengarang ini.
Semoga terus istiqamah dengan blog ini ye.
salam dari Dublin.. pekaba?? saje2 bloghopping, terhop ke sini pulak.. anyway, kalau rajin, dtg laa jenguk2 blog hamba..
Padang perlu sentiasa digunakan dari semasa ke semasa agar lalang susah tumbuh. =)
Ana nantikan entry seterusnya.
Alamak kantoi alamat ni:D
Insya-Allah tanam azam untuk menulis. Enta ada bakat
Salam perkenalan JHaZKiTaRo
Salam b302,
Syabas,teruskan usaha menulis…kami sentiasa menantikan entri yang seterusnya
Salam C200,
boleh gi ziarah bilik ni:D
Tak tunggu sangat pun tak apa. Tak begitu konsisten dalam menulis.