Setelah lama tidak menulis, aku rasa ada banyak pula benda yang nak ditulis. Dari sebesar-besar perkara, sehinggalah kepada sekecil-kecil perkara. Bermula dengan isu politik Malaysia yang semakin panas, sampailah kepada cerita peribadi aku yang aku rasa bukan ada orang nak tahu pun.
Tak apalah. Cerita politik aku rasa ramai lagi orang yang lebih pakar dan lebih layak untuk mengulasnya. Lagipun, aku dapati ada banyak juga cerita serta ulasan yang aku rasa aku boleh bersetuju dengannya. Jadi, buat masa ini, aku ketepikan dulu cerita politik.
Tetapi, hari ini bila aku buka harakahdaily, aku terusik dengan satu berita.
Sila rujuk:
Untuk pengetahuan, aku masih belum ada anak, malah belum kahwin pun lagi. Tapi, berita ini betul-betul telah menyentuh perasaan aku. Aku yakin, tidak perlu untuk seseorang itu mempunyai anak baru boleh simpati dan sedih apabila baca berita ini.
Sebagaimana yang dilaporkan, apa yang dipinta oleh keluarga Siti Fatma hanyalah untuk suaminya berada di sisi Allahyarhamah adik Aina Mardhiah ketika mana beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tapi, entah di mana silapnya (ataupun disengajakan) ayahnya tidak sampai-sampai juga sehinggalah adik Aina Mardhiah pergi bertemu Al-Khaliq.
Aku jadi keliru dan bingung. Adakah manusia sekarang ini masih layak untuk dipanggil manusia? Tidak cukupkah mereka tertawa melihat sebuah keluarga menderita? Tidak puaskah mereka memenjarakan manusia demi manusia tanpa diberikan peluang perbicaraan? Kini, mereka berani menambah senarai dosa mereka dengan membiarkan seorang anak kecil, yang menagih kasih sayang dari seorang bapa, pergi meninggalkan dunia tanpa sempatpun untuk mencium bau ayahnya.
Aku rasa tidak perlu untuk aku mengulas betapa zalimnya akta ISA itu. Semua akal yang waras sudah pasti bersetuju bahawa akta itu zalim dan zalim dan zalim. Tapi yang ingin dibawa dalam penulisan kali ini ialah betapa nilai kasih sayang dan sifat kemanusiaan yang semakin terhakis dalam masyarakat kita.
Cerita buang anak, pembunuhan demi pembunuhan, rompakan yang tiada henti semua ini menggambarkan bahawa kering dan tandusnya masyarakat Malaysia daripada sentuhan kasih sayang. Dalam kes Adik Aina Mardhiah ini pula, aku merasakan seandainya pihak Menteri yang berkenaan dan pihak penjara Kamunting masih lagi menggelar diri mereka sebagai manusia, sudah pasti mereka akan usaha sedaya upaya untuk membawa bapanya bertemu dengan Adik Aina Mardhiah. Kalau menteri-menteri boleh diiring anggota polis trafik ke konsert, mengapa tidak diusahakan perkara yang sama untuk bapa Allahyarhamah?
Apalah agaknya contoh yang ingin ditunjukkan kepada masyarakat umum oleh pihak-pihak berkuasa ini? Aku tidak merasa pelik kalau berkara ini berterusan, akan lahirlah generasi-generasi yang jauh lebih ganas dan brutal. Sudah pasti mereka akan menuding jari kepada generasi yang terdahulu kerana merekalah yang memulakan amalan tidak-manusiawi itu.
Walaubagaimanapun, aku pohon kepada Allah agar kita dijauhkan dari semua itu dan moga sinar yang lebih baik akan muncul. Dan buat keluarga Allahyarhamah aku doakan agar diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menjalani kehidupan. Ia sudah pasti berbeza kerana ketiadaan adik Aina Mardhiah, namun bergembiralah kerana tempat Allahyarhamah sudah pasti Syurga Allah.
Wallahua’lam


Kebetulan pula dengan entry ini, time usrah online tadi ada bincangkan tentang kecenderungan kepada orang yang zalim. Rancak bercerita dari kes politik mainstream sehingga ke politik kampus, dan terselit juga kes kezaliman ISA ini.
Hopefully, one day terbuka la mata hati manusia sekarang ini. Kecenderungan kepada yang zalim boleh memekakkan, membisukan dan membutakan !
Semoga dijauhkan dan diberi perlindungan.
Hasbiyallahu wa ni’mal wakeel
Harakahdaily sedang diselenggarakan hari ini. Tak dapat nak tengok lagi laporan tu tapi sedikit sebanyak boleh faham perkara yang ingin disampaikan.
Pagi tadi, buka blog ustaz one-g. Nampaknya ustaz macam naik angin betul sampai menterjemahkan doa-doanya ke dalam entri terbaru. Terfikir juga kenapa. Dan bila baca entri ini maka ada kemungkinan hal ISA itu menjadi perkara yang membuatkan ustaz mendoakan laknat ke atas ‘mereka’ yang zalim ke atas manusia yang tidak berdosa.
Ya Allah, sampai bilalah keadaan ini akan berterusan.
Semoga keluarga yang terlibat diberi ketabahan dan kecekalan hati untuk meneruskan perjuangan hidup.
Apabila niat utama menjadi pemimpin bukan kerana Allah..maka tidak hairanlah perkara-perkara sebegini terjadi…akal dan fikiran dikuasai nafsu semata-mata…kalau masih punya iman yang utuh pasti manusia boleh berfikir dengan waras..tapi apa yang kita lihat sekarang kezaliman yang berleluasa..sesama Islam…
>IHS: powernya Usrah, macam-macam isu disentuh dan tersentuh. Keep up the good work
>ainohikari: Tak payah ustaz-ustaz, orang biasa pun patut naik angin dan doakan ke atas mereka yang zalim ni. Lebih-lebih lagi mereka yang dizalimi, doa mereka ni maqbul kata Nabi s.a.w
>mims: Nak buat macam mana. Nampak gayanya mereka ini masih diberikan peluang untuk memimpin. Tapi kita kena sabar juga sebab janji Allah adalah kepimpinan akan kembali kepada orang-orang Saleh.
Salam ..
sy ke pengkebumian allahyarhamah adik Aina .. dari cerita yg didengar dari beberapa orang penduduk kg .. adik Aina seorang gadis yg begitu mengkagumkan penduduk di persekitaran, wajahnya yg senantiasa tenang dan bersih dengan wuduk serta sering memberikan senyuman membuatkan org kg langsung terlupa akan penderitaannya dan keluarganya selama ini, semasa hari pengkebumian suasana sekitar seolah sedang mengkebumikan sang syahid, walaupun didalam kesedihan namun terasa akan semangat utk terus berjuang, kelibat ayahandanya ketika menyambut allahyarham ke makam syuhadah memberikan ruh kekuatan yang semakin utuh dan kukuh kepada kami para pejuang penentang kezaliman .. marilah kita sama-sama mendoakan akan allahyarhamah adik Aina di letakkan bersama para pejuang Islam di sisi ALLAH SWT, dan juga kepada para-para pejuang Islam di keseluruhan dunia yg telah syahid demi Agama dan menentang kezaliman .. TAKBIR !! TAKBIR !! TAKBIR …
>abuAMMAR: Salam perkenalan. Sudah pasti anda dapat merasai suasana yang istimewa semasa majlis pengkebumian tersebut, dan harapnya dapat diterjemahkan kepada sebuah perjuangan yang lebih mantap. Teruskan mendoakan kami di sini