Sebuah kisah benar sebagai permulaan.
Seorang atlet daripada pasukan renang Olimpik Jepun menelefon ibu dan ayahnya. Beliau meluahkan rasa tertekan dan gemuruhnya menjelang sesi kelayakan untuk ke Olimpik Beijing musim panas nanti.
泣きたければ泣け!! (kalau rasa nak menangis, menangislah!!) pesan parents nya. Maka menangislah seorang atlet renang yang kita tahu, sebagai atlet renang beliau mempunyai fizikal yang muscular, semangat juang yang kental dan hasil latih tubi bertahun-tahun sudah pasti mempunyai motivasi yang tinggi.
Untuk pengetahuan, atlet yang aku cerita ni, bukan atlet wanita, tapi seorang LELAKI!!
Tangisan dan movie
Aku masih ingat saat itu. Aku dalam kapal terbang MAS menonton cerita Monsters Inc. Aku suka tonton cerita-cerita animasi, di samping cerita sejarah dan biography orang-orang terkenal. Mungkin sebab hari itu, aku rasa nak enjoy dengan movie ringan, maka Monsters Inc menjadi pilihan. Sepanjang perjalanan cerita tersebut, aku tak kering gusi dengan telatah Mike Wazowski (yang berbulu tu) dan Randall Boggs (yang satu mata tu). Tapi, bila sampai part last di mana Mike terpaksa memulangkan Boo (baby girl tu) ke dunia sebenar, tiba-tiba aku rasa ada air mata mengalir di pipi.
Hmm..aku akan ingat sampai bila-bila saat tersebut. Sebab itulah kali pertama air mata aku menitis akibat sebuah movie.
Sebelum itu, aku selalu dengar, terutamanya orang perempuan yang menangis apabila menonton filem. Malah, ada orang yang akan sediakan sebuah kotak tisu ketika menonton filem, sebab dia tahu dia akan menangis. Mendengar cerita-cerita tersebut aku sering tersengih dan ketawa sinis terhadap mereka. Apa kes kan, tengok movie pun boleh menangis, bisik hati nakalku.
Kini aku faham perasaan tersebut. Aku yakin ada di kalangan anda turut berkongsi pengalaman yang sama.
Perlukah untuk menangis?
Dalam sebuah hadith, Baginda Nabi s.a.w bersabda:
“Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa. (Riwayat Bukhari)
Tanpa mengira jantina, aku kira ada banyak sebab untuk kita sebagai seorang manusia perlu menangis. Tapi kali ini, aku ingin fokuskan kepada kaum Adam, lantaran kami dikenali sebagai kaum yang ego untuk menangis.
Sebagai seorang hamba
Pernahkah kita menangis mengenangkan betapa banyak dosa dan maksiat yang telah kita lakukan, banyaknya ikrar yang dimungkiri, nikmat yang tidak disyukuri,betapa tidak layaknya kita untuk ketawa dan gembira lantaran kotornya diri kita ini?
Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w
Pernahkah kita menangis bila membaca sejarah perjuangan baginda, membayangkan darah para sahabat yang mengalir akibat mempertahankan baginda, mengenangkan penat dan lelah generasi terawal mengembara beribu batu untuk menyampai sebuah risalah suci, semata-mata kasihnya mereka kepada kita?
Sebagai seorang anak
Pernahkah kita menangis apabila mengingatkan keingkaran kita kepada ibu bapa kita, mengenangkan penat lelah mereka untuk kita, memikirkan betapa sukarnya membesarkan seorang anak, apabila kita sudah mempunyai anak.
Sebagai seorang mukmin
Pernahkah kita menangis melihatkan keadaan saudara seaqidah kita terus dibelasah dan dibelenggu, mengingatkan anak-anak kecil yang mengemis mencari sesuap makanan dan secebis kasih sayang, mengenangkan jiran tetangga yang kelaparan.
Ah!! Terlalu banyak sebab untuk kita menangis. Alangkah bongkak dan alpanya mereka yang berbangga dengan ‘kelakiannya’, lantaran tidak mahu mengizinkan air mata itu mengalir.
Maka carilah satu sudut dan waktu dalam hidup kita seharian, untuk bermuhasabah dan menangis.



Pernah menangis tiba, bila bangun tidur dari mimpi. Sebab dalam mimpi, badan ditimpa puing-puing bangunan dan runtuhan awan-awan. MasyaAllah.
Filem pertama yang buatkan ku sebak rasa nak menangis ialah filem lagho Hindustan, huh !
Peristiwa pertama yang buatkan ku menangis dan rasa nak peluk orang ialah majlis perpisahan dengan Faci pada satu program sebelum PMR dulu. Asalnya steady tak menangis tapi melihatkan member sekeliling menangis, ku pun ikut serta, huh! (kali kedua)
Perkara yang membuatkan ku teringin untuk menangis bila berseorangan diri ialah selepas mendengar ‘bayan’ orang lama dalam satu jemaah yang mana memberitahu maksud hadith (lbh kurang), Allah mengharamkan api neraka ke atas sesiapa yang menangis memohon keampunanNya, serta diselitkan dengan kisah-kisah pedoman yang lain.
Jadi sama-sama kita belajar menangis ^_^.
Tak boleh menangis betul-betul, buat pura-pura menangis. ini pesan orang alim juga. wallahu’alam.
>SangPelangi: Kalau aku boleh tafsirkan mimpi, aku dah tolong tafsirkan
>ainohikari: Betul tu, jom pakat-pakat menangis (dengan sebab yang sepatutnya lah kan)
menangis ni actually satu nikmat….
ingat lagi kata2 sorang sahabat…
menangislah, sebab bila sampai satu masa bila kita tak
leh nak nangis, seksanya rasa!
salah satu mata yang tidak akan dibakar di hari akhirat adalah mata mereka yang menangis kerana takutkan Allah swt..(btulkan andai tersilap..huhu..)
menangis jgn x menangis..salah satu tanda hati keras jugalah iaitu mata sukar untuk menangis..
bak kata sorg mmbr,nk tau suatu makanan tu halal ke x dimakan,tgk mata mudah ke tidak utk menangis di hadapan Allah swt selepas makan benda tu..huhu..