
‘Jepun mengeksport pelbagai barang ke Malaysia. Peti ais, mesin basuh, kereta dan macam-macam lagi. Tapi Malaysia tidak mengeksport Islam mereka kepada kami’ kata-kata Ustaz tersebut terus bermain dalam fikiran aku.
Sejak hari itu, aku berazam. Berazam untuk cuba sedikit sebanyak terlibat dalam dakwah Islam di kalangan masyarakat di Jepun. Tapi bagaimana harus aku mulakan? Dengan bahasa Jepun aku yang terbatas, aku tidak yakin yang aku mampu untuk menyampaikan Islam dengan baik.
Argh, pedulikan dengan kata-kata. Bukankah agama ini tidak melihat kepada keputusan semata-mata, malah usaha yang lebih dituntut?! Maka aku mulakan dengan da’wah bil-hal, sebagai seorang pelajar Muslim. Sejak dari itu, aku cuba sedaya upaya untuk tidak ponteng kelas, menyediakan nota yang lengkap, tidak lewat ke kelas dan sebagainya. Alhamdulillah, aku merasakan pada satu tahap aku telah berjaya melaksanakan tugas tersebut. Di kalangan rakan-rakan, kalau aku lewat sedikit ke kelas (kadang-kadang berlaku juga..owh!!), mereka akan berkata mezurashii ne.
Namun, aku rasa aku tidak boleh berpuas hati dengan usaha aku pada tahap itu saja. Maka perancangan seterusnya, ialah berkenalan dengan mereka yang terlibat secara langsung dengan dakwah Islam di Jepun. Ini membawa aku kepada perancangan untuk melaksanakan sebuah program dengan JMA. Alhamdulillah, perancangan ini telah Berjaya dilaksanakan pada Jalinan Ukhuwah Kantou baru-baru ini.
Antara yang menarik
Dalam pengisian pertama dari Muhammad Arifin sensei, beliau menceritakan bagaimana di dalam kehiduapan seharian masyarakat Jepun, tanpa disedari mereka mempercayai kewujudan Tuhan, walaupun jikalau ditanya kebanyakan akan menjawab ‘kami tidak beragama’. Bermula dengan budaya membeli o-mamori (お守り),
menggantung ema (絵馬) ketika hendak exam dan pelbagai lagi budaya dan kebiasaan yang sebenarnya membawa kepada kesimpulan, masyarakat Jepun percaya akan kewujudan Tuhan.
Kemudian, Arifin sensei bercerita bagaimana kita sebagai Muslim patut menceritakan bagaimana Tuhan kita, Allah bukanlah didatangi hanya ketika kita menghadapi kesusahan, malahan kepada Allah lah kita melafazkan kesyukuran, mengharapkan kebaikan serta semua aspek kehidupan. Ini berbeza sekali dengan masyarakat Jepun yang rata-rata berbicara dengan Tuhan ketika menghadapi kesusahan.
Peranan kita Malaysian Muslim di Jepun.
Apabila ditanya, apakah yang pihak JMA harapkan dari warganegara Malaysia, aku tersentak dengan jawapan yang diberikan. Bukanlah wang ringgit ataupun tenaga kita yang mereka tagih, tetapi cukuplah sekadar sokongan moral dan hubungan yang berterusan. Apa yang mereka minta ialah ukhuwah yang dibina berdasarkan aqidah, yang sering kita war-warkan itu dapat benar-benar direalisasikan.
Untuk itu, aku menyeru buat semua warga Malaysia Muslim yang berada di bumi bertuah Jepun ini, jenguk-jenguklah dan tanyalah khabar saudara-saudara seaqidah kita. Bukan sekali dua aku dengar cerita berkenaan reverters yang berpatah balik ke jalan yang songsang. Cabaran di Jepun ini amatlah mencabar buat mereka yang masih baru menyucikan fitrah. Maka, kalau tidak kita ‘orang lama’ yang menemani dan memberikan sokongan kepada mereka, siapalah lagi yang akan menggalas tanggungjawab tersebut.
Buat kepimpinan IPIJ, aku harapkan hubungan yang terjalin antara IPIJ dan JMA ini dapat diteruskan. Rancanglah program berkala kerana aku yakin, perasaan Islam sebagai agama universal itu dapat dihayati dengan lebih baik lagi.
p/s: sesiapa yang ada simpan gambar program hari tu, boleh send tak


Satu permulaan yang bagus. Sudilah berkongsi web dengan saya dalam jalinan kembara maya…. salam ukhwah
[...] Boleh baca ulasan dari Abang Jimi kita di sini. [...]
Entri yang cukup menarik.
….
Aku dulu B208. ha ha
semoga usaha kalian di bumi sakura dipermudahkan dan diredhai Dia
>razani : salam ukhuwah
>ainohikari : mada-mada da ne. belum cukup matang dalam menulis
>anego: doakan kami dan semua yang terlibat dengan kerja agama insya-Allah
semoga tuhan memberkati usaha kalian. Gambatte sa.
semoga dirahmati Allah SWT. salam singgah. akan link blog saudara ke blog saya nanti.minta izin.
>rudy bluehikari: gambarimasyou!!
>aliff: salam perkenalan